HOLIDAY AT CHERATING, PAHANG. ;D / 0 comments (+)
Assalamualaikum semua. (!)

          Jumaat 21/12/12 saya sekeluarga pergi bercuti di Cherating, Pahang. Menurut mama saya, Cherating  adalah sebuah tempat yang terkenal dengan pantainya. Erk terkenal sangat ke. Habistu kenapa saya tak pernah tahu pun. Hmm misterinya soalan saya. :3 Pape pun saya berasa sangat happy haritu. Sebab semua keluarga saya yang terdiri daripada nenek, mak sedare, pak sedara dan sepupu sepapat sepipit sepepet saya pun join sekali. :D

          Tujuan sebenar kami pergi ke sana ialah untuk menyelebrate-kan atau dalam bahasa melayu yang betulnya ialah menyambut birthday nenek saya yang ke...emm tak ingat la pulak. Rasa-rasanya masam yang ke-80 lebih la kot. Hmm ganas juga nenek saya ni. Umur 80 lebih pun masih lagi celebrate birthday. Dah la celebrate kat Pahang pulak tu. Emm jelesnya saya. :/ "Mana aci mana aci!!" - bisik hati comel saya.

          Kami booking bilik kat sebuah hotel. Iaitu Sanctuary hotel. Mula-2 sampai tu terkejut gila sebab semuanya warna biru. Pagar biru, dinding bangunan biru, atap pun biru. Semangat Umno sungguh ye pemilik hotel ni. :3. Kami bahagikan satu family satu hotel, eh satu bilik. (maaf la ye tershashul pulak) Time mula-2 sampai tu kitorang terus cari line wifi. Mana la tahu kot-2 kat sini ada wifi. Sekali search terus jumpa banyak line wifi. Ada line wifi Block A block B block C. Yang seronok nya password wifi ni senang gila. Saya try la tekan 1234567890. Tup tup dah boleh connect. Haha bijak kan saya. (sila muntah)Perasaan time tu dah macam baru lepas dapat rm1 juta cash. Huh happy sangat. Happy bukan sebab dah sampai tapi happy sebab ada line wifi. Haha teruk betullah family saya ni. Hehe.

          First day, kami masuk bilik masing-2 dan berehat. Dalam pukul 5petang kami terus pergi terjun kolam. Haha. Yang lawak nye sepupu saya yang umur 5tahun suka hati dia je pergi terjun tempat dalam. Nasib baik la time tu sepupu saya ada. Sempatlah dia nak pergi selamatkan. Kalau tak, lemas ar budak tu kat situ nanti. Tak sempat nak menikmati alam remaja yang gila ini. Haha.

          Malam tu kitorang solat maghrib dan isyak secara berjemaah. Pastu kitorang baca Yaasin. Then selepas siap semua, kitorang satu family semua berkumpul. Dan setiap maksedara dan paksedara saya termasuk lah mama dan abah saya kena bagi short talk setiap seorang. Time tu ada part sedih sebab....hm tak boleh bagi tahu. Family secret. :3 Lepas tu kitorang barulah sambut birthday nenek. Kek keladi dijamukan pada malam tu. Nak jamu kek icing tak boleh, sebab 'orang tua' tak makan. Katanya muak dan boleh memeningkan kepala. Haha. Biasala orang tua. Macam tau-2 je naluri orang tua aku ni. Haha. Nenek saya dapat hadiah jam tangan brand Titius. Jam tu ada satu je kat Malaysia. Dan nenek saya lah yang bertuah dapat jam tu. Dah la mahal cantik pulak tu. Wuu wuu jeles nya. Birthday saya tak celebrate cemni pun. Hm Sadlife. Haha.

          Second day, kitorang ada buat aktiviti kat tepi pantai. Woo berangin gila time tu. Antara aktiviti yang kitorang buat adalah, musical round, main tepung-2 dan banyak lagi. Yang lelaki pula main bola sepak. Ada dua team iaitu team orang tua dan team orang muda. At last, team orang tua menang. Haha terror jugak orang tua ni walaupun dah tua. Hehe.  That night, kitorang ada buat party BBQ. Hm malam tu riuh sangat. Yang tolong bakarkan makanan tu mak sedara dan paksedara saya. Saya dan sepupu hanya perlu tunggu makanan masak dan makan. Haha. Bahagia sungguh hidup ini. :D Kitorang makan sotong bakar, sosej bakar, ikan bakar, ayam bakar, kambing bakar, ketam bakar SEMUNYA BAKAR kecuali la abu bakar. Hehe. Nak tahu tak, saya firstime makan ketam. Hee. Saya orang first dapat ketam masa tu, terasa diri ni bangga kejap. Tapi sedih sebab tak reti nak makan macam mana. Setengah jam duk korek/kopek kulit ketam uh. Susah gila nak dapat isi dia. Tapi time dapat isi dia tu cam happy gila doe. Haha. Terserlah keKUNOanku. Hehe.

          Esok pagi, kitorang bangun awal gila sebab kitorang dah plan nak terjun kolam lepas subuh. Haha. Satu family terjun. Punyala sejuk time tu. Biru bibir saya dibuatnya. Dah macam rockers gitu. Haha. Disebabkan maksedara saya takutkan tempat dalam, dia pun pakailah pelampung yang budak-2 punya tu. Yang warna pink ada gambar mickey mouse pulak tu. Haha. Cam kanak-2 ribena pulak saya tengok diorang. Tapi kitorang tak kesah, asalkan semua enjoy! ;D

My cousins, siblings and I in da pool. ;D


          Kitorang checkout pukul 12 tengah hari. Selepas siap kemas barang kitorang berkumpul kat parking lot untuk bergambar buat kali terakhirnya pada haritu. Happy bertukar sedih sebab kitorang dah nak berpisah. Ada family yang balik ke Selangor, ke Kuala Lumpur dan ke Kelantan. Hmm. Pape pun kitorang takkan lupakan that sweet moment. I LOVE MY FAMILY DAMN MUCH. <3

**

Ok setakat ni sahaja dahulu. Ok bye Assalamualaikum & Enjoy! :D

*



HARI YANG PALING MENGGEMBIRAKAN SAYA ;D / 0 comments (+)
Assalamualaikum.

          Seperti yang korang tahu, harini adalah hari dimana batches 97's students dapat result PMR diorang. I mean kitorang. And kitorang teramatlah sangat nian sungguh TAKUT. (em teruknya tatabahasa saya)

          Harini bukan sahaja hari saya dapat tahu result PMR saya, malah harini adalah hari dimana saya memecahkan rekod hidup saya iaitu dengan bangun pagi paling awal. Kalau nak dibandingkan dengan hari lain, pukul 12 tengah hari baru saya bangun. Hewhew. Biasala budak lepasan PMR. ''Freedom'' je kitorang tahu. :3

          Cukuplah dengan kemerapuan saya itu. (ceh ayat cam keling). Objektif yang saya nak sampaikan disini sebenarnya ialah tentang reaksi saya apabila dapat tahu result pmr. Memang tak dapat digambarkan dalam photo album mahupun instagram. :3 Mula-2 saya check result melalui SMS sebab saya rasa ianya cepat dan mudah. Namun sangkaan saya itu tidak tepat sama sekali. Saya terima reply message pada pukul 12tgh hari iaitu 1jam 30minit selepasnya. Huhh lama gila. Sementara saya tunggu reply sms drpd 15888 tu, saya guna masa lapang yang ada tu dengan..... TIDUR. Hmm amat berbaloi kan. ;D

          Selepas je bangun dari tidur tetiba sms alert phone saya berbunyi. Masa tu saya ingatkan celcom hantar mesej. So saya biarkan je la macam tu phone saya. Haha bodoh kan. :3 Time nak lelapkan mata saya balik tu, tetibe terlintas di kepala saya perkataan "Result". Saya dengan terperanjatnya terus bangun dan ambil phone saya. Saya check inbox dan disitu ada mesej daripada 15888. Waah hati comel saya pada masa itu berdegup sungguh kencang. :O Tak tahu nak cakap cemana. Masa tu saya hanya boleh mengucapkan kalimah Allah je. Hmm

          Saya pun buka la mesej tu. Dan disitu tertulis nombor kad pengenalan dan angka giliran saya. Saya teruskan membaca. Dibawah no.kad pengenalan dan angka giliran saya tu ada tulis "....Mendapat keputusan penuh bla bla bla di sekolah bla bla..." Hmm. Yang saya tak fahamnya ialah, mana result saya nye woi. Membazir 20sen saya je mesej benda ni. Lepas tu, saya baca balik dari start ayat hinggalah saya jumpa "9A". Dan selepas itu saya amat terkejut. Banyak persoalan di otak saya ni. Antaranya ialah, adakah saya dapat 9A? Ataupun orang kerajaan tu yang silap type? Adakah saya tersilap tulis no.kad pengenalan atau angka giliran saya? Adakah adakah adakah INI SEMUA HANYALAH MIMPI SEMATA-MATA?? Lepastu, saya suruh abang saya tolong bacakan. And then reaksi muka dia tetibe bertukar jadi cam muka The Hulk. Dia pandang mata saya dan berkata "weh kau dapat 9A weh. Gila la kau ni. Bla bla bla" . Saya terkejut + happy gila time tu. Then saya jadi macam tak tentu arah. Saya terlompat-lompat, jerit "Yeay ti dapat 9A. Wohooo!" sana sini. Macam orang gila dah saya ni. "Baru lepas dapat 9A terus jadi gila. Kesian." - mungkin inilah apa yang dikatakan oleh jiran-2 saya selepas terdengar jeritan gila saya tu. Haha. :3

          Walaupun saya jadi tak tentu arah camtu, hati saya tetap bersyukur kepada Allah S.W.T. Saya tak tahu macam mana dah nak berterima kasih padaNya. Hanya dengan sebut Alhamdulillah dan sujud syukur sahaja yang boleh saya lakukan. Dan saya juga gembira sebab dapat menggembirakan hati ibubapa saya, guru-2, ahli keluarga saya, dan kawan-kawan saya. Harini la hari yang paling menggembirakan saya. Saya tak akan lupa moment-2 ni. Hmm happy sangat. THANKS ALLAH, MY PARENTS, TEACHERS AND FRIENDS <3

**

OK setakat ini sahaja dulu untuk hari ni. Thanks for reading. ^^



So, ni la result saya yang memang tak disangkakan tu. *dah macam sampah result saya ni* hee :)

*



HARI YANG PALING MENGERIKAN BAGI STUDENTS FORM 3 (2012) :S / 0 comments (+)
Assalamualaikum.
         
          As you know, today is 19th December of 2012. (cehh bajet speaking nampak) Awak tahu tak apa maksud disebalik tarikh yang mengerikan ni? Inilah tarikh dimana semua students form 3 (2012) akan mengetahui result PMR mereka. Dan berita buruknya ialah, SAYA ADALAH SALAH SATU DARIPADA DIORANG. AAAAAARGGGH. :)


AAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAARGGGGGGGHHHH!!!



          Ia nya sangat mengejutkan kami semua. Jika dibandingkan menonton movie yang terseram di dunia dengan perkataan ''result PMR'', saya akui perkataan result PMR lebih menyeramkan kami semua. Kalau setuju sila angkat KLCC. Huh entah bagaimana hendak saya bayangkan nanti. Hmm. *merenung sambil menggigil di dalam sinki* :/

          Pukul 11pagi nanti dah kena pergi sekolah untuk ambil rrree..ss..uu..lll... *tuuuuut* . Tapi kawan saya kata nak check ikot message pun boleh. Kalau macam tu, baik saya check resulll..*tuuut* ikot sms je kan. Tak payah susah-2 bangun awal pagi pastu nak gosok baju la, nak mandi la itu la ini la.. Kan??. Lepas check tu, bolehla saya sambung tidur balik. Hmm indahnya dunia ini. Haha.

          Haaa! Sebagai persiapan diri selepas ambil resull...*tuuut* , saya mestilah :

¤ OFF PHONE ataupun BUAT-2 TAKDE KREDIT. Hal ini demikian kerana, (cehh formal betul ayat saya.haha) tak nak bagi kawan-2 text atau call saya. Lepastu sibuk nak tanya "Eh result kau macam mana? Berapa a?" Urggh ini menyampah tau tak. Hahaha kalau ada kawan saya yang terbaca ni harap maaf la ye. ^^

¤ BERLAKON JADI SEORANG YANG SOMBONG DAN GANGSTER. HAHA. Saya buat ni sebab saya tak nak jawab soalan kawan-2 saya yang berbunyi "Eh result kau macam mana? Dapat berr...PAAANNNGG!! Haa banyak soal lagi. Kan dah kena pelempang emas aku ni. Hahaha. *gelak jahat sambil angkat kening ala-ala The Rock* " *Jangan tiru aksi ini di rumah ataupun di sekolah anda. Ia mungkin akan menjadikan seseorang itu bengong, bengap dan sewaktu dengannya.* Haha. :p

¤ OFF FACEBOOK, TWITTER DAN YANG PENTING SEKALI ASK.FM. Kalau takkk.. memang banyak gila ah orang akan tanya saya soalan yang sama yang berbunyi " *baca dialog yang pertama tadi* " huh. Rimas tahu tak. Haha

So, itu lah persiapan saya untuk kali ni.

**
       
          Sebenarnya, apa yang saya tulis kat atas tu adalah merapu dan tidak benar sama sekali. Sesungguhnya, saya redha dengan ketentuan yang Allah jadikan kepada diri saya ini. Kalau saya tidak berjaya mungkin ada hikmah disebaliknya. Dan kalau saya dapat result yang cemerlang iaitu 9A, saya amat lah bersyukur kepadaNya. InsyaAllah saya akan mendapat 9A dalam PMR 2012. Amiin. Doakan saya juga ye. :)

Okay setakat ini sahaja dulu. Thanks for reading. Assalamualaikum and have a nice day you all. ;)

*



I My Me Mine. ;) / 0 comments (+)
Assalamualaikum semua. Salam 1Malaysia!
      Actually, ni account saya yang second punya. Yang first tu ada problem time nak sign in. Entah kenapa tetiba jadi macam tu. Hmm :( Tapi takpala. Boleh buat yang baru kan. :)


Yang tudung hitam baju merah itu lah saya. Yang kat tepi tu adik saya, Jane.  *Gambar lama :)


          Okay, now i'm gonna introduce myself. :D
  • Name : Nur Izzati bt. Mohd Yusoff
  • Age : will be 16 y/o next year (2013)
  • School : College Muhammadi (G)
  • Birthday : 11 Sept 1997
  • Stay in : Kelantan ^^
     So, itu yang basic dulu. Nak tahu banyak lagi pasal saya? So please continue your reading. Hihi. Favourite food saya ialah mushroom soup with garlic bread dan fav. drink saya pulak hmm..apa ye? haa! semua jenis minuman yang ada campuran susu. hee. Fav. movie ... twilight, eclipse, harry potter, bla bla bla. Senang kata semua jenis cerita yang mat salleh buat. Yang ada kat channel Home Box Office, Max, & Fox Movies tu semua saya suka. And for your information, saya tak suka tengok cerita yang bersambung-sambung, berepisod-episod sampai ada beribu-ribu episod. Eii benci tau. Haha. Adakah saya terlalu gedik? -_- Ok dah. Sambung balik. Kat mana ye saya berhenti tadi? Ooo yang kat episod-episod bagai tu eh? Oke oke. Jom sambung. Hmmm.. Punca saya tak suka cerita yang berepisod-episod ni sebenarnya saya telah terpengaruh dengan mama saya yang sangat baik dan comel itu. Mama saya sangat pantang kalau dia tahu family member kitorang tengok cerita macam tu. Satu lagi, mak saya sangat sangat sangat TAK SUKA mango ataupun buah mangga. Hmm entah kenapa. Sungguh misteri mama saya ni kan. Hihi.

          Hmm sekarang dah pukul 1.23 pagi. Em cantik juga nombor tu ya. Cantik macam izza... Ahh lebih baik saya berhenti setakat ini saja dahulu. Nanti kang jadi lebih merapu ayat saya. Oh last sekali, KALAU korang nak tahu tentang saya dengan lebih mendalam, tanyalaa. InsyaAllah saya jawab. Tu pun kalau korang nak tahu. "Macamla ada orang nak tanya pasal saya" bisik hatiku yang comel ini. :3

**

Okay semua Assalamualaikum. Bye. *krik krik* :)

*


← OLDER POSTS | HOME | NEWER POSTS →

Greeting


Peace be upon you all! Thanks for dropping by. Fyi, here is the spot where my heart starts to talk based on what it feels. Comment if you want to but please do not use harsh words. Follow at your own risk. :) ((For more info abt me click 'about' button above.)) #GGMU #5sos


Manchester United ♡




Lukey ♡





5SOS X







Tick-Tock


Shout Out Loud Here


Harsh words are banned in this box ↴


Tune




talking heart
All this time I drank you like the cure when maybe you were the poison.