HARI YANG PALING MENGGEMBIRAKAN SAYA ;D / 0 comments (+)
Assalamualaikum.

          Seperti yang korang tahu, harini adalah hari dimana batches 97's students dapat result PMR diorang. I mean kitorang. And kitorang teramatlah sangat nian sungguh TAKUT. (em teruknya tatabahasa saya)

          Harini bukan sahaja hari saya dapat tahu result PMR saya, malah harini adalah hari dimana saya memecahkan rekod hidup saya iaitu dengan bangun pagi paling awal. Kalau nak dibandingkan dengan hari lain, pukul 12 tengah hari baru saya bangun. Hewhew. Biasala budak lepasan PMR. ''Freedom'' je kitorang tahu. :3

          Cukuplah dengan kemerapuan saya itu. (ceh ayat cam keling). Objektif yang saya nak sampaikan disini sebenarnya ialah tentang reaksi saya apabila dapat tahu result pmr. Memang tak dapat digambarkan dalam photo album mahupun instagram. :3 Mula-2 saya check result melalui SMS sebab saya rasa ianya cepat dan mudah. Namun sangkaan saya itu tidak tepat sama sekali. Saya terima reply message pada pukul 12tgh hari iaitu 1jam 30minit selepasnya. Huhh lama gila. Sementara saya tunggu reply sms drpd 15888 tu, saya guna masa lapang yang ada tu dengan..... TIDUR. Hmm amat berbaloi kan. ;D

          Selepas je bangun dari tidur tetiba sms alert phone saya berbunyi. Masa tu saya ingatkan celcom hantar mesej. So saya biarkan je la macam tu phone saya. Haha bodoh kan. :3 Time nak lelapkan mata saya balik tu, tetibe terlintas di kepala saya perkataan "Result". Saya dengan terperanjatnya terus bangun dan ambil phone saya. Saya check inbox dan disitu ada mesej daripada 15888. Waah hati comel saya pada masa itu berdegup sungguh kencang. :O Tak tahu nak cakap cemana. Masa tu saya hanya boleh mengucapkan kalimah Allah je. Hmm

          Saya pun buka la mesej tu. Dan disitu tertulis nombor kad pengenalan dan angka giliran saya. Saya teruskan membaca. Dibawah no.kad pengenalan dan angka giliran saya tu ada tulis "....Mendapat keputusan penuh bla bla bla di sekolah bla bla..." Hmm. Yang saya tak fahamnya ialah, mana result saya nye woi. Membazir 20sen saya je mesej benda ni. Lepas tu, saya baca balik dari start ayat hinggalah saya jumpa "9A". Dan selepas itu saya amat terkejut. Banyak persoalan di otak saya ni. Antaranya ialah, adakah saya dapat 9A? Ataupun orang kerajaan tu yang silap type? Adakah saya tersilap tulis no.kad pengenalan atau angka giliran saya? Adakah adakah adakah INI SEMUA HANYALAH MIMPI SEMATA-MATA?? Lepastu, saya suruh abang saya tolong bacakan. And then reaksi muka dia tetibe bertukar jadi cam muka The Hulk. Dia pandang mata saya dan berkata "weh kau dapat 9A weh. Gila la kau ni. Bla bla bla" . Saya terkejut + happy gila time tu. Then saya jadi macam tak tentu arah. Saya terlompat-lompat, jerit "Yeay ti dapat 9A. Wohooo!" sana sini. Macam orang gila dah saya ni. "Baru lepas dapat 9A terus jadi gila. Kesian." - mungkin inilah apa yang dikatakan oleh jiran-2 saya selepas terdengar jeritan gila saya tu. Haha. :3

          Walaupun saya jadi tak tentu arah camtu, hati saya tetap bersyukur kepada Allah S.W.T. Saya tak tahu macam mana dah nak berterima kasih padaNya. Hanya dengan sebut Alhamdulillah dan sujud syukur sahaja yang boleh saya lakukan. Dan saya juga gembira sebab dapat menggembirakan hati ibubapa saya, guru-2, ahli keluarga saya, dan kawan-kawan saya. Harini la hari yang paling menggembirakan saya. Saya tak akan lupa moment-2 ni. Hmm happy sangat. THANKS ALLAH, MY PARENTS, TEACHERS AND FRIENDS <3

**

OK setakat ini sahaja dulu untuk hari ni. Thanks for reading. ^^



So, ni la result saya yang memang tak disangkakan tu. *dah macam sampah result saya ni* hee :)

*



← OLDER POSTS | HOME | NEWER POSTS →

Greeting


Peace be upon you all! Thanks for dropping by. Fyi, here is the spot where my heart starts to talk based on what it feels. Comment if you want to but please do not use harsh words. Follow at your own risk. :) ((For more info abt me click 'about' button above.)) #GGMU #5sos


Manchester United ♡




Lukey ♡





5SOS X







Tick-Tock


Shout Out Loud Here


Harsh words are banned in this box ↴


Tune




talking heart
All this time I drank you like the cure when maybe you were the poison.