Life as a Karisman. / 0 comments (+)


Assalamualaikum.



Okay post hari ni dalam bahasa Melayu la. Sebab ada sorang reader ni comment tak best kalau aku post english. (habistu kau nak suruh aku post dalam bahasa Jawa kepe) Hm aku rasa english aku tak la power mana pun. Senang je orang nak faham hm. Never mind.


     Cerita nya cemni.


     Masa tu aku dekat tuition. Fyi, aku Karisman (student pusat tuition Karisma). Macam biasa la, tuition start pukul 8 pagi setiap jumaat dan sabtu. So far aku takde lagi masalah bangun lewat pagi ke ape. Cuma masalah aku, aku suka  stay up memalam buta. Especially kalau ada game Menyu ke apa ke memang aku tak tidur ah malam tu. Kalau game takde, aku tengok tv. And kalau aku bored tahap paling maxsimum, aku akan cari buku addmath atau chemi lepastu buat ah. 



Hm kadang kadang aku rasa pelik jugak ngan aku ni, orang lain kalau puas study, dia akan pergi tengok tv ke an. Tapi aku, kalau puas tengok tv, pergi study. Erh nampak sangat aku ni pemalas tahap universal. Tak boleh buat menantu langsung. Buat bini boleh hehehehe.



Hm aku rasa aku dah out of topic ni.
Hm aku rasa aku tak tahu pun apa sebenarnya aku nak tulis ni.
Hm boleh tak nak end post kat sini je? Malas ah nak type. Hihihihihi


Tak ah gurau je. (aku serious sebenarnya) Ah never mind. Okay sambung balik cerita. Eh tadi tu aku cerita ke membebel. Membebel eh? Okay sambung membebel!


Haa masa tu pukul 12.05pm. Aku, Ainul and Aiman tengah makan kat Al-Maleek. Kedai mamak. Erh terpaksa makan bcs takde restaurant lain dah yang paling dekat. Kelas addmath aku start pukul 12.30. Ainul and Aiman plan nak pergi round KB nak cari mende tah. So masa tu dah tepat tepat pukul 12.30, tapi aku still tengah makan. Aku pun baru sedar aku makan lama gila. Padahal makan roti canai sekeping je. Hm maklumlah wanita melayu terakhir, makan pun kena la sopan. Hirup air pun, 5minit baru sampai tengkuk hehehe. So aku siap makan minum semua pukul 12.40 cemtu. 


Okay disebabkan aku dah sedar yang aku dah lewat, aku decide tak nak masuk class. Si Ainul yang caring gila ni, paksa aku masuk class. Dia membebel punya la panjang tapi satu pun aku tak dengar. Aku tengah pikir benda lain time tu haha. Lepastu dia tarik tangan aku. Dia heret aku ke tuition. Tapi malangnya, dia heret aku tu berapa cm je aku bergerak haha. Dia kecik, nak heret orang macam aku ni, memang tak gerak ah hahaha!


     At last, dia give up. Aku menang hahah. Mula-mula dia jeling kat aku, macam nak bajet marah gittew. Tapi jelingan dia tak menjadi. Juling menjadi lah haha.


Okay lepastu kitorang pergi Vern's. Thirah and Eyqa join sekali. Mula-mula aku ingatkan diorang nak beli, rupa-rupanya diorang nak survey je. Apalah. Punyalah lama dalam kedai tu, tapi tak beli papepun. Malu gak aku dengan saleswomen kat situ. Erh never mind. Lepas tu kitorang pergi makan kat McD, hm makan lagi. Tapi nasib ah tak gemuk, still mantain gitu hoho.


Masuk waktu Zohor,  aku ngan Ainul terus ke masjid. Pukul 2.30, kitorang ada kelas Biology. Aiman, Eyqa, and Thirah, stay lepak kat McD dulu, lagipun class diorang start lewat. Hm. Lepas siap solat semua tu, aku ngan Ainul terus gerak ke tuition. Masa perjalanan nak ke tuition tu, hujan mula turun. Kitorang baru separuh jalan. Mula-mula kitorang ingatkan hujan rintik-rintik je, tapi semakin lama semakin lebat tho. Apa lagi, kitorang lari ah. Siap berpimpin tangan. Ceh romantic gittew. Haha dah la berbaju kurung time tu.


At first, aku lari anak je. Tapi disebabkan Ainul dah jauh kedepan, aku terpaksa pecut kahkah. Alaa aku bukannya pecut pun senanya, aku lari gitu gitu je, kejap lari kejap berhenti. Kalaulah betul-betul aku pecut, hish jatuh maruah aku, takde orang nak buat menantu nanti lol.


Kitorang sampai kat tuition sekejap je. Dah kitorang lari kan. Tercungap-cungap gak aku, rasa cam sakit jantung. Sampai je kat depan pintu masuk ke Karisma, kitorang kena daki tangga pula. Dah la class tingkat 2. Memang merangkak ah aku lol jk.


At last, berjaya jugak aku ngan Ainul sampai ke class Biology. Alhamdulillah kitorang masih hidup lol.


Jihad terlaksana. Penat lelah lari, naik tangga semua tu, ada ganjaran pahala nya. Katakanlah, kalau seseorang tu meninggal time nak pergi sekolah ke tuition ke, matinya itu dikira syahid sebenarnya. Syahid kecil. Dan matinya itu diredhai oleh Allah, jika niatnya itu betul dan kerana Allah.


Wallahu'alam.




← OLDER POSTS | HOME | NEWER POSTS →

Greeting


Peace be upon you all! Thanks for dropping by. Fyi, here is the spot where my heart starts to talk based on what it feels. Comment if you want to but please do not use harsh words. Follow at your own risk. :) ((For more info abt me click 'about' button above.)) #GGMU #5sos


Manchester United ♡




Lukey ♡





5SOS X







Tick-Tock


Shout Out Loud Here


Harsh words are banned in this box ↴


Tune




talking heart
All this time I drank you like the cure when maybe you were the poison.