HOLIDAY AT CHERATING, PAHANG. ;D / 0 comments (+)
Assalamualaikum semua. (!)

          Jumaat 21/12/12 saya sekeluarga pergi bercuti di Cherating, Pahang. Menurut mama saya, Cherating  adalah sebuah tempat yang terkenal dengan pantainya. Erk terkenal sangat ke. Habistu kenapa saya tak pernah tahu pun. Hmm misterinya soalan saya. :3 Pape pun saya berasa sangat happy haritu. Sebab semua keluarga saya yang terdiri daripada nenek, mak sedare, pak sedara dan sepupu sepapat sepipit sepepet saya pun join sekali. :D

          Tujuan sebenar kami pergi ke sana ialah untuk menyelebrate-kan atau dalam bahasa melayu yang betulnya ialah menyambut birthday nenek saya yang ke...emm tak ingat la pulak. Rasa-rasanya masam yang ke-80 lebih la kot. Hmm ganas juga nenek saya ni. Umur 80 lebih pun masih lagi celebrate birthday. Dah la celebrate kat Pahang pulak tu. Emm jelesnya saya. :/ "Mana aci mana aci!!" - bisik hati comel saya.

          Kami booking bilik kat sebuah hotel. Iaitu Sanctuary hotel. Mula-2 sampai tu terkejut gila sebab semuanya warna biru. Pagar biru, dinding bangunan biru, atap pun biru. Semangat Umno sungguh ye pemilik hotel ni. :3. Kami bahagikan satu family satu hotel, eh satu bilik. (maaf la ye tershashul pulak) Time mula-2 sampai tu kitorang terus cari line wifi. Mana la tahu kot-2 kat sini ada wifi. Sekali search terus jumpa banyak line wifi. Ada line wifi Block A block B block C. Yang seronok nya password wifi ni senang gila. Saya try la tekan 1234567890. Tup tup dah boleh connect. Haha bijak kan saya. (sila muntah)Perasaan time tu dah macam baru lepas dapat rm1 juta cash. Huh happy sangat. Happy bukan sebab dah sampai tapi happy sebab ada line wifi. Haha teruk betullah family saya ni. Hehe.

          First day, kami masuk bilik masing-2 dan berehat. Dalam pukul 5petang kami terus pergi terjun kolam. Haha. Yang lawak nye sepupu saya yang umur 5tahun suka hati dia je pergi terjun tempat dalam. Nasib baik la time tu sepupu saya ada. Sempatlah dia nak pergi selamatkan. Kalau tak, lemas ar budak tu kat situ nanti. Tak sempat nak menikmati alam remaja yang gila ini. Haha.

          Malam tu kitorang solat maghrib dan isyak secara berjemaah. Pastu kitorang baca Yaasin. Then selepas siap semua, kitorang satu family semua berkumpul. Dan setiap maksedara dan paksedara saya termasuk lah mama dan abah saya kena bagi short talk setiap seorang. Time tu ada part sedih sebab....hm tak boleh bagi tahu. Family secret. :3 Lepas tu kitorang barulah sambut birthday nenek. Kek keladi dijamukan pada malam tu. Nak jamu kek icing tak boleh, sebab 'orang tua' tak makan. Katanya muak dan boleh memeningkan kepala. Haha. Biasala orang tua. Macam tau-2 je naluri orang tua aku ni. Haha. Nenek saya dapat hadiah jam tangan brand Titius. Jam tu ada satu je kat Malaysia. Dan nenek saya lah yang bertuah dapat jam tu. Dah la mahal cantik pulak tu. Wuu wuu jeles nya. Birthday saya tak celebrate cemni pun. Hm Sadlife. Haha.

          Second day, kitorang ada buat aktiviti kat tepi pantai. Woo berangin gila time tu. Antara aktiviti yang kitorang buat adalah, musical round, main tepung-2 dan banyak lagi. Yang lelaki pula main bola sepak. Ada dua team iaitu team orang tua dan team orang muda. At last, team orang tua menang. Haha terror jugak orang tua ni walaupun dah tua. Hehe.  That night, kitorang ada buat party BBQ. Hm malam tu riuh sangat. Yang tolong bakarkan makanan tu mak sedara dan paksedara saya. Saya dan sepupu hanya perlu tunggu makanan masak dan makan. Haha. Bahagia sungguh hidup ini. :D Kitorang makan sotong bakar, sosej bakar, ikan bakar, ayam bakar, kambing bakar, ketam bakar SEMUNYA BAKAR kecuali la abu bakar. Hehe. Nak tahu tak, saya firstime makan ketam. Hee. Saya orang first dapat ketam masa tu, terasa diri ni bangga kejap. Tapi sedih sebab tak reti nak makan macam mana. Setengah jam duk korek/kopek kulit ketam uh. Susah gila nak dapat isi dia. Tapi time dapat isi dia tu cam happy gila doe. Haha. Terserlah keKUNOanku. Hehe.

          Esok pagi, kitorang bangun awal gila sebab kitorang dah plan nak terjun kolam lepas subuh. Haha. Satu family terjun. Punyala sejuk time tu. Biru bibir saya dibuatnya. Dah macam rockers gitu. Haha. Disebabkan maksedara saya takutkan tempat dalam, dia pun pakailah pelampung yang budak-2 punya tu. Yang warna pink ada gambar mickey mouse pulak tu. Haha. Cam kanak-2 ribena pulak saya tengok diorang. Tapi kitorang tak kesah, asalkan semua enjoy! ;D

My cousins, siblings and I in da pool. ;D


          Kitorang checkout pukul 12 tengah hari. Selepas siap kemas barang kitorang berkumpul kat parking lot untuk bergambar buat kali terakhirnya pada haritu. Happy bertukar sedih sebab kitorang dah nak berpisah. Ada family yang balik ke Selangor, ke Kuala Lumpur dan ke Kelantan. Hmm. Pape pun kitorang takkan lupakan that sweet moment. I LOVE MY FAMILY DAMN MUCH. <3

**

Ok setakat ni sahaja dahulu. Ok bye Assalamualaikum & Enjoy! :D

*



← OLDER POSTS | HOME | NEWER POSTS →

Greeting


Peace be upon you all! Thanks for dropping by. Fyi, here is the spot where my heart starts to talk based on what it feels. Comment if you want to but please do not use harsh words. Follow at your own risk. :) ((For more info abt me click 'about' button above.)) #GGMU #5sos


Manchester United ♡




Lukey ♡





5SOS X







Tick-Tock


Shout Out Loud Here


Harsh words are banned in this box ↴


Tune




talking heart
All this time I drank you like the cure when maybe you were the poison.